Tutup

Saksi 1MDB dakwa diarah musnahkan dokumen penting

Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah diarahkan untuk memusnahkan beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14. Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43 tahun, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, beliau berbuat demikian selepas menerima arahan daripada Ketua Staf pejabat Perdana Menteri ketika itu.