Tutup

Sasterawan negara terima elaun bulanan RM5,000

Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan sebagai elaun penghargaan bulanan sebanyak RM5 ribu kepada tujuh orang sasterawan negara. Kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ia sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi mereka dalam memainkan peranan membina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatu padukan negara.