Saya tiada hak dedah dalang video - Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengetahui dalang utama di sebalik penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan dirinya, tidak akan mendedahkan nama dalang berkenaan. Sebaliknya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk berbuat demikian.