Sebahagian tangan kanan remaja lelaki mangsa mercun dipotong

AWANI 745 dimulakan dengan perkembangan remaja mangsa mercun di Terengganu. Sebahagian tangan kanan remaja lelaki berkenaan terpaksa di potong pagi tadi. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh berkata, mangsa menjalani pembedahan kira-kira jam 10 pagi Selasa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.