Tutup

Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan masih berlaku

Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dikuatkuasakan Jun tahun depan. Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional, GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed menjelaskan, apa yang penting individu atau sesebuah organisasi memahami pelaksanaannya.