Tutup

Seleweng dana KBS: Dua lagi ditahan SPRM

Seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pengarah syarikat merupakan suspek terbaru ditahan berhubung siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta. Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata dua suspek lelaki berusia 41 dan 31 tahun itu ditahan petang Rabu di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan.