Tutup

Semakin ramai orang muda minat main saham

Minat terhadap pelaburan saham di Bursa Malaysia kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan generasi muda bumiputera. Semakin ramai golongan itu menceburi pelaburan saham kerana potensi pulangan yang tinggi dalam bidang itu untuk jangka panjang. Bezanya dengan pelabur di sekitar era 90-an, pelabur muda kini lebih cenderung untuk belajar bermain saham dengan cara yang betul menerusi panduan saham yang betul.