Shamsul Iskandar beri keterangan polis

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada Jumaat untuk memberi keterangan berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Katanya, beliau akan membantu polis berhubung pembabitan setiausaha sulit kanannya yang kini digantung tugas, Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang turut dikaitkan dengan rakaman video itu.