Tutup

Siasatan tanah runtuh: Beberapa individu lagi akan dipanggil - TKM I

Jawatankuasa khas siasatan bagi kejadian tanah runtuh di tapak projek lebuhraya berkembar di Jalan Bukit Kukus Georgetown akan memanggil beberapa lagi individu untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan. Setakat ini beberapa pihak telah dipanggil antaranya daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta gabungan Kumpulan Masyarakat Sivil Penang Forum.