Tutup

Sindiket Lori Kebal 18 JPJ didakwa esok

18 lagi pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Butterworth secara berperingkat bermula esok. Mereka adalah sebahagian daripada lebih 70 pegawai penguatkuasa jabatan itu yang ditahan berhubung kes melindungi sindiket 'lori kebal' ' April lalu. Semua mereka dipercayai melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan dengan bayaran bulanan berjumlah antara RM10,000 ke RM32,000.