Sindiket 'lori kebal': 22 lagi penguat kuasa JPJ ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 22 lagi penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipercayai membantu melindungi pemandu 'lori hantu' di sekitar Pulau Pinang. Ini selepas 24 anggota JPJ direman bagi membantu siasatan berhubung perkara sama pada 17 April lalu.