Tutup

SPRM akan teliti semula kes kontroversi libatkan VIP

Dalam pada itu SPRM sedang meneliti dan menyemak semula beberapa kes yang berprofil tinggi dan mendapat perhatian masyarakat, termasuk kes membabitkan VIP di Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang. Proses itu mungkin mengambil masa untuk pihaknya meneliti mengapa kes kes berkenaan tersebut ditutup. Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya tidak melihat keperluan membuka semula siasatan kes rasuah banglo membabitkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kes tersebut sudah diputuskan mahkamah tahun lalu.