SPRM mungkin akan panggil Hadi isu RM 1.4 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memberi keterangan berhubung siasatan wang berjumlah RM1.4 juta. Wang berkenaan didakwa digunakan untuk membayar editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah.