SPRM sangkal dakwaan terima arahan "butakan mata" kes TH

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya ia terima arahan untuk 'membutakan mata' terhadap bukti serta mengugut saksi dalam siasatan kes melibatkan seorang Pegawai Kanan Lembaga Tabung Haji. Menerusi satu kenyataan SPRM menegaskan bahawa pihaknya sentiasa bersikap profesional dan menjunjung kedaulatan undang-undang semasa menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.