SPRM tahan bekas Ketua Pengarah di bahagian JPM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Pengarah di sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri kerana disyaki terlibat dalam salah guna wang dana milik kerajaan Malaysia bagi peruntukan Pilihan Raya Umum ke 14. Menurut laporan, suspek wanita yang berusia 61 tahun yang bergelar Datuk ditahan pada pukul 4.15 petang Selasa di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan.