Srikandi tumpu pembangunan usahawan wanita bertaraf dunia

Srikandi Bersatu akan memberikan fokus kepada pembangunan usahawan wanita bertaraf dunia agar sumbangan wanita terhadap ekonomi negara akan lebih signifikan. Ketuanya, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia memandangkan 70 peratus graduan institusi pengajian tinggi adalah golongan wanita.