Tutup

Sungai Benus 'melompat' ke kelas paling kotor

Pengarah Unit Persekitaran,Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan,UTM, Professor Dr Maketab Mohamed turut melakukan ujian tahap kualiti air Sungai Benus di Janda Baik. Jelas beliau, kesan pencemaran di hulu sungai yang menjadi lokasi pembalakan yang pada asalnya berada pada kelas satu boleh naik ke kelas lima, iaitu tahap sungai paling kotor.