Sungai Kelang dikesan tercemar bahan kimia

Sebahagian daripada Sungai Klang dikesan dicemari dengan bahan kimia yang masih belum dikenal pasti, dipercayai dilakukan pihak tertentu. Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Hashim Osman, berkata kawasan yang dicemari buangan bahan kimia itu terletak berdekatan dengan Taman Eng Ann, Klang. Pihaknya mengesan bahan pencemar itu memasuki aliran air di kawasan berkenaan selepas menerima aduan orang awam pada jam 6 petang Khamis.