Taktik sorok dadah di ruang khas kereta mewah gagal

Tindakan licik seorang lelaki mengubah suai kenderaan mewahnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa, gagal apabila pihak polis berjaya menemui lebih tujuh kilogram dadah yang disorokkan di dalam kenderaannya itu. Ketua Polis Daerah Tangkak, Suprintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kesemua dadah jenis syabu itu ditemui dalam satu ruang yang direka khas di bahagian tempat duduk belakang kereta jenis Volkswagen Passat milik suspek.