Teknologi IBS tingkat jumlah PPRT

Sebanyak 300 rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dapat ditambah menerusi penggunaan kaedah teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS). Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata dengan teknologi itu pihaknya menambah bilangan rumah tanpa perlu menambah peruntukan sedia ada yang bernilai dua ratus juta ringgit. Teknologi pembinaan secara IBS itu juga membolehkan kementeriannya membina sebanyak 1,834 buah rumah berbanding sasaran sebelum ini iaitu sebanyak 1,354 buah rumah PPRT baharu.