Teresa dedah Lembaga Getah Malaysia rugi RM800 juta

Kementerian Industri Utama mendedahkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengalami kerugian kira-kira RM800 juta hasil penjualan tanah seluas 1,113 hektar milik agensi berkenaan melalui transaksi yang meragukan oleh kerajaan terdahulu. Menterinya, Teresa Kok, berkata kerajaan terdahulu melalui kelulusan Kabinet mengarahkan penjualan tanah berkenaan di Sungai Buloh, Selangor kepada Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) menerusi jualan langsung bernilai RM1.5 bilion.