Terima kasih atas segala jasa kepada UMNO - Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan selamat maju jaya kepada hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan Negeri Sabah termasuk Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang keluar parti pada Rabu. Dalam satu kenyataan, Mohamad memberitahu UMNO menghormati keputusan dan ketetapan pemimpin parti itu di Sabah yang tidak lagi mahu bersama dengan parti.