Terima kasih ibu di seluruh Malaysia - TPM

Sempena sambutan Hari Ibu hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu di negara ini. Belau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melihat pengorbanan besar golongan ibu memastikan anak-anak dan keluarga sentiasa dalam keadaan selamat dan lengkap. Video ucapan Hari Ibu Dr Wan Azizah itu dimuat naik di laman Twitter Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dengarkan ucapan beliau.