Tesco sumbang bantuan menerusi Zakat Wakalah

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) mempergiatkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Kali ini, Tesco Malaysia membawa kelainan menerusi program turun padang kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).