Tidak akan pegang jawatan PM lebih tiga tahun - Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan pendiriannya akan menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tiga tahun. Tegasnya, beliau telah berjanji akan berundur dan Anwar akan menggantikan beliau. Beliau berkata demikian dalam sesi temubual bersama wartawan CNBC, Tanvir Gill di Bangkok, Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEAN.