Tutup

Tiga bulan tidak bergaji, apakah nasib Utusan selepas ini?

Setelah hampir tiga bulan tidak dibayar gaji, pekerja Utusan Melayu Berhad rancang mengadakan piket di hadapan ibu pejabat Utusan pada 19 Ogos nanti. Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Chin Sung Chew, hampir seramai 769 kakitangan terkesan dengan masalah penggajian ini sehinggakan terpaksa berhutang.