Tiga penganjur Perhimpunan 812 akan diambil keterangan hari ini - Fuzi

Polis akan mengambil keterangan tiga penganjur Perhimpunan 812 majlis kesyukuran penolakan ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka Sabtu lalu. Perkara itu dijelaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berhubung tindakan beberapa peserta yang melanggar peraturan dengan membawa kanak kanak dalam perhimpunan berkenaan.