Tiga penjenayah warga asing mati ditembak

Tiga lelaki yang dipercayai terlibat kes samun ditembak mati dalam kejadian di hutan Puncak Bukit Mutiara, Tanjong Bungah, Pulau Pinang awal pagi Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, kesemua suspek dipercayai berusia 30-an ditembak selepas mereka cuba menyerang polis dengan parang.