Video  | Sukan

Tirai Komanwel 2018 dibuka secara rasmi

Sukan Komanwel 2018 membuka tirainya secara rasmi dalam penuh suasana meriah di Carrara Stadium di sini dengan bermandikan cahaya bunga api apabila tuan rumah, Gold Coast, mengalu-alukan kedatangan 6,600 atlet dan pegawai dari 71 negara. Gold Coast menyajikan acara perasmian arahan Pengarah Projek dan Seni GC2018, David Zolkwer, yang turut menghasilkan karya persembahan bersempena Sukan Olimpik Athens 2004, Sukan OIimpik Beijing 2008 dan Sukan Komanwel Glasgow 2014.