TMJ bebas bersuara, tapi jangan langkah undang-undang - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bebas untuk menyuarakan pandangannya termasuk mengkritik terhadap kerajaan. Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan tindakan boleh diambil sekiranya ada kenyataan yang dibuat melanggar undang-undang.