Tujuh titik panas dikenal pasti di Sarawak

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) mengenal pasti sekurang-kurangnya tujuh titik panas di Sarawak serta seratus 21 titik panas di Kalimantan yang menyumbang kepada pencemaran jerebu ke negeri itu sejak semalam. Pegawai NREB, Peter Sawal berkata, keadaan kering dan panas luar biasa, disusuli tiupan angin dari Kalimantan yang mengarah ke Sarawak memburukkan situasi jerebu di negeri itu.