Tun Mahathir sifatkan Mufti Perlis pekak

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai pekak kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mempertahankan Islam. Perdana Menteri berkata, jika Mohd Asri boleh mendengar, sudah tentu beliau tahu pelbagai usaha dilakukan kerajaan pakatan harapan dalam menjaga Islam di negara ini.