UMNO dan Pas akan terus tabur fitnah perkauman - Muhyiddin

UMNO dan PAS akan terus menabur fitnah perkauman serta agama semata-mata untuk memburukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di mata umat Islam. Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia amalan politik yang tidak sihat selain meracuni pemikiran umat Islam.