Utamakan kepelbagaian kaum, jangan keruhkan keharmonian

Rakyat Malaysia diingatkan tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Tahun Baharu Cina dengan penuh harmoni dan aman, keadaan mungkin tidak sentiasa begitu. Beliau berkata demikian ketika ucapan video selama dua minit itu disiarkan di laman youtube rasmi Perdana Menteri, Chedet Official, pada Isnin.