Utamakan kepentingan rakyat dalam rombakan Kabinet

Rombakan Kabinet perlu dibuat untuk memperkukuhkan lagi jentera kerajaan selain meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas. Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Muhammad Fuad Othman menjelaskan, ia memastikan penyampaian sistem kerajaan berjalan baik walaupun pada masa landskap politik negara mungkin tidak berada pada tahap terbaik.