Wang GST 'dirompak': Utamakan siasatan awam terbuka - Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sedia buat laporan polis susulan dakwaannya, wang pembayaran balik tuntutan GST berjumlah RM18 bilion ringgit 'dirompak' kerajaan Barisan Nasional. Beliau bagaimanapun mahu satu siasatan dalaman dan siasatan awam terbuka dilakukan sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat pihaknya.