Wujud unsur protes terhadap Bersatu Sabah?

Ada kemungkinan wujud unsur protes dalam kalangan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) apabila tiada seorang wakil mereka hadir pada pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) peringkat negeri Sabah. Pensyarah Kanan Jabatan Sosiologi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini kerana Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal gagal menghalang keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk Bersatu di negeri di bawah bayu itu.