Tutup

Zambry gesa SKMM siasat penafian Nga Kor Ming

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat siasatan terperinci berikutan penafian Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming setelah mempersendakan sambutan Aidilfitri di dalam laman sosial Facebooknya. Menurutnya lagi sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam arena politik, Nga sewajarnya mempunyai sikap menghargai serta sensitif terhadap budaya lain.