Tutup

Video  | Sukan

Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular

Laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad telah memuat naik gambar Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh duduk bersama. Kapsyen yang disertakan dengan gambar itu adalah "Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh" tanpa sebarang maklumat lanjut.