Tutup

Video  | Sukan

KSKBC A juara Kejohanan Badminton Astro Junior (AJC) 2019

Pantas dan konsisten!... Demikian gambaran aksi kelab badminton KSKBC A apabila berjaya memenangi perlawanan akhir Kejohanan Badminton Astro Junior (AJC) 2019, sekaligus membawa pulang wang tunai RM6.000. Pasukan lawan, Tactical Winpro terpaksa akur kehebatan KSKBC A selepas tumpas 0-3 dalam aksi akhir yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.