Tutup

Video  | Sukan

Netizen tidak setuju FAM ubah gelaran skuad kebangsaan

Pengguna media sosial meluahkan rasa tidak senang dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menukar nama skuad bola sepak negara daripada "Harimau Malaya" kepada "Harimau Malaysia". Menurut Presiden FAM, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, penukaran nama itu dibuat bagi memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.