Bukan ugutan, tapi kelangsungan stesen minyak

Cadangan pelaksanaan operasi stesen minyak 18 jam sehari adalah alternatif dalam meneruskan kelangsungan perniagaan pengusaha stesen minyak. Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz sekaligus menafikan dakwaan kononnya kenyataan beliau semalam merupakan satu ugutan kepada kerajaan dan pengguna.