CEO Huawei: Hongmeng OS lebih pantas berbanding iOS dan Android

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Ren Zhengfei yakin sistem operasi yang dibangunkan syarikatnya Hongmeng OS adalah 60 peratus lebih pantas berbanding OS Android. Dalam satu temu bual bersama media Perancis, Zhengfei berkata sistem berkenaan boleh diguna pakai oleh pelbagai peranti.