Tutup

Google lancar telefon pintar Pixel

Google meningkatkan pertaruhan saingan dengan beberapa nama besar industri seperti Apple, Samsung dan Amazon menerusi pelancaran telefon pintar, Pixel serta pelbagai perkakasan lain. Pelancaran telefon pintar rekaan Google sepenuhnya itu seiring aspirasi firma teknologi gergasi itu meningkatkan penyertaan dalam segmen perkakasan.