APPLE sedia diperkatakan akan mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan pada kemas kini iOS 18 akan datang.
Salah satu aplikasi terbina yang turut akan menerima kesan disebabkan perubahan ini adalah pelayar web Apple iaitu Safari.
Melalui AppleInsider, ia dikongsikan ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
Di samping itu, pengguna juga akan ditawarkan dengan kemas kini antara muka untuk pelayar web, selepas sekian lama Safari tidak menerima perubahan drastik yang besar.
Salah satu ciri berasaskan kecerdasan buatan yang bakal diperkenalkan adalah keupayaan untuk merumuskan kandungan web.
Dengan langkah ini, model AI pada Safari boleh mengenal pasti pelbagai ayat dan perkataan pada sesuatu laman web, dan seterusnya memberikan penerangan ringkas kepada pengguna.
Apple dijangka menggunakan keupayaan pemprosesan pada peranti untuk tujuan berkenaan – berbeza dengan beberapa penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan ciri lebih kurang sama.
Di samping itu, Safari baharu turut dijangka menambah ciri “Web Eraser”, yang memudahkan pengguna memadam sesuatu kandungan terus daripada sesuatu laman web – termasuk pengiklanan, gambar dan sebagainya.
Dan Safari akan ingat akan tetapan pengguna berkenaan, dan akan mengimplementasi perkara sama apabila melakukan pelayaran pada waktu akan datang.
Apple juga dikatakan sedang membangunkan ciri carian berasaskan visual pada Safari, dan akan memperkenalkan ia sekitar 2025 kelak.
Dengan pelbagai ciri ini, Safari dijangka akan menjadi salah satu fokus utama pada pengenalan iOS 18 yang dikuasakan kecerdasan buatan.
Malah, dengan langkah-langkah ini juga, Apple mungkin turut memposisikan Safari sebagai salah satu pesaing kepada enjin carian lain di pasaran.
Apple bakal mengadakan acara WWDC pada bulan Jun 2024 ini, dimana mereka dijangka menyentuh lebih lanjut berkenaan dengan penawaran kecerdasan buatan mereka. -Amanz
Amanz
Wed May 01 2024
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran. -Amanz
MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran
Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi meningkat secara mendadak sekali gus membebankan pengusaha dan memberi impak kepada tempahan awal pelancong.
Niaga AWANI: Momentum transformasi ekonomi dijangka meningkat 2024
Momentum transformasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat pada 2024, mencerminkan asas kukuh dan keyakinan pelabur, disokong oleh dasar yang kukuh.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Pengeluaran getah asli negara merosot 20.9 peratus pada April
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dasar cukai berkesan penting bagi majukan ekonomi negara
Dasar cukai yang berkesan adalah penting untuk memupuk pertumbuhan dan kestabilan berterusan bagi memajukan ekonomi negara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Indeks kos naik 1.6 peratus pada Mei 2024
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha
Setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.
Niaga AWANI: Pelabur asing bawa RM7 bilion ke dalam pasaran Malaysia bulan lalu
Pelabur asing membawa masuk RM7 bilion ke dalam pasaran ekuiti dan sekuriti hutang Malaysia pada Mei, menjadikannya aliran masuk terbesar sejak Julai 2023.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bantuan tunai, insentif pembajakan, penuaian kepada Hampir 130,000 pesawah
Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif penuaian.
Terus cemerlang lahirkan modal insan berkemahiran tinggi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Koleh Profesional MARA, melahirkan 8,447 graduan bagi tahun 2024 yang akan menyumbang kepada pembangunan mnodal insan berkemahiran tinggi dan profesional dalam pelbagai bidang.
Jemaah haji wanita meninggal dunia empat hari sebelum berwukuf
Jenazah Zuraida dikebumikan pada pagi Selasa di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram di Mekah.
Pengguna AirPods Pro kelak boleh kawal Siri dengan pergerakan kepala
Menerusi ciri ini, pengesahan kepada Siri, pemilik AirPods Pro boleh mengangguk atau menggelengkan kepala ke kiri atau kanan.
Apple umum macOS Sequoia, hadir dengan sokongan berinteraksi terus ke iPhone
Apple turut memperkenalkan aplikasi pengurusan kata laluan melalui macOS Sequoia, dan kebolehan menggunakan Apple Pay melalui pelayar web pihak ketiga.
Elon Musk mahu haramkan penggunaan peranti Apple di syarikat miliknya
Pada pandangan Musk, ini akan mendatangkan risiko sekuriti yang serius.
Apple integrasikan ChatGPT pada iOS, iPadOS dan macOS secara percuma
ChatGPT ditawarkan secara percuma melalui penawaran Applen ini, di mana pengguna tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran akaun atau langganan.
Apple dijangka perkenal aplikasi pengurusan kata laluan untuk iPhone, iPad dan Mac
Apple dilaporkan sedang melihat untuk menawarkan sebuah aplikasi pengurusan kata laluan baharu, dinamakan Passwords.
Netflix tidak lagi boleh digunakan pada Apple TV Gen 2 dan Gen 3
Pemilik kedua-dua peranti disarankan untuk membeli perkakasan baharu yang akan masih disokong.
NVIDIA dijangka atasi Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia
Dengan permintaan pembangunan kecerdasan buatan tinggi, ia sekali gus membuatkan nilai syarikat NVIDIA turut meningkat mendadak kebelakangan ini.
Siri akan lebih bijak kawal aplikasi, lakukan pelbagai tugasan pada iOS 18
Sebagai contoh ia boleh diarahkan untuk memindahkan kedudukan fail, memadam emel dan melakukan kesimpulan untuk dokumen tertentu.
Apple cabar denda €1.8 bilion dikenakan EU
Apple kini membenarkan stor aplikasi alternatif hanya di EU tetapi masih mengenakan bayaran untuk memastikan setiap aplikasi yang ditawarkan pada stor alternatif adalah selamat.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.