awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Myanmar: Malaysia hantar 35 pegawai perubatan ATM

Bernama
Bernama
13/04/2025
08:00 MYT
Gempa Myanmar: Malaysia hantar 35 pegawai perubatan ATM
Hospital Medan itu bertujuan memberikan rawatan ortopedik dan trauma, termasuk pembedahan kecemasan kepada mangsa gempa bumi yang mengalami kecederaan seperti patah tulang. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia akan menghantar 35 pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan gempa bumi yang melanda Myanmar pada 28 Mac lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini adalah susulan keputusan kerajaan untuk secara prinsip bersetuju menyediakan Hospital Medan Malaysia di negara berkenaan.
"Namun, kapasiti dan lokasi Hospital Medan ini akan ditentukan kemudian selepas menerima kebenaran daripada kerajaan Myanmar," katanya pada sidang media selepas merasmikan BHPetrol Bandar Seri Alam dan Sambutan Aidilfitri di Bandar Seri Alam di sini, hari ini.
Menurut beliau, seramai 35 pegawai perubatan akan dihantar, dengan tarikh penghantaran masih dalam perancangan dan kapasiti pesakit ditentukan berdasarkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN lain yang turut menubuhkan Hospital Medan.
"Hospital Medan ini bertujuan memberikan rawatan ortopedik dan trauma, termasuk pembedahan kecemasan kepada mangsa gempa bumi yang mengalami kecederaan seperti patah tulang, bagi mengurangkan risiko kecacatan," katanya.
Selain itu, beliau berkata Malaysia juga akan mengambil peluang untuk bekerjasama dengan pasukan perubatan Myanmar dalam aspek pengukuhan keupayaan kesihatan mereka.
"Kita sudah bersedia, hanya menunggu kebenaran dan isyarat dari Myanmar tentang lokasi penghantaran," tambahnya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Azizul Azily Ahmad.
Khaled juga berkata Malaysia akan meminta kerajaan Myanmar untuk memastikan lokasi Hospital Medan yang akan dibina adalah selamat, bagi memastikan keselamatan pasukan perubatan Malaysia daripada ancaman puak.
"Walaupun Myanmar bersetuju untuk melakukan gencatan senjata, kadangkala ia dicabul. Oleh itu, kita akan meminta jaminan keselamatan bagi pegawai perubatan kita," katanya.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata Malaysia secara prinsip telah bersetuju untuk menyediakan Hospital Medan Malaysia di Myanmar, dengan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Myanmar
#Malaysia
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan