awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung

Bernama
Bernama
24/12/2025
22:00 MYT
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dipercayai hilang selepas terjatuh ke laut di Tanjung Kubung, Labuan, pagi semalam. - Gambar hiasan
LABUAN: Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dipercayai hilang selepas terjatuh ke laut di Tanjung Kubung, di sini, pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Izwanhadi Idros berkata, mangsa, Rosli Awit, 49, dipercayai terjatuh dari bot dinaikinya dalam insiden yang berlaku di kedudukan 7.8 batu nautika utara Tanjung Kubung pada 8.43 pagi.
"Kru bot nelayan tersebut telah melakukan pencarian awal sebaik menyedari Rosli hilang tetapi usaha mengesan mangsa gagal," katanya dalam satu kenyataan.
Izwanhadi berkata, susulan laporan yang diterima, APMM telah menggerakkan asetnya membabitkan Kapal Maritim (KM) Lahad Datu dan bot Penggalang 24 ke lokasi kejadian pada 12.40 tengah hari, dengan dibantu aset Pasukan Polis Marin iaitu PSC 1 bagi mempergiatkan operasi pencarian.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta untuk menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di 087-427999 atau di talian kecemasan 999 bagi membantu usaha mengesan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#jatuh laut
#Tanjung Kubung
#APMM Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan