awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Pelarian PBB: Majlis Keselamatan 'gagal secara kronik' cegah perang

Bernama
Bernama
29/04/2025
02:20 MYT
Ketua Pelarian PBB: Majlis Keselamatan 'gagal secara kronik' cegah perang
Filippo Grandi berucap pada Majlis Keselamatan PBB di Ibu Pejabat PBB, New York City, AS, 28 Apr 2025. REUTERS
HAMILTON (Kanada): Ketua Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata keganasan kini menjadi ciri utama dunia hari ini, sambil mengkritik Majlis Keselamatan PBB kerana gagal mencegah dan menghentikan peperangan, lapor Anadolu Ajansi.
"Ini adalah musim peperangan. Ini adalah masa krisis. Dari Sudan ke Ukraine, dari Sahel ke Myanmar, dari Republik Demokratik Congo ke Haiti, keganasan menjadi mata wang utama zaman ini.
"Mencegah dan menghentikan peperangan -- menegakkan keamanan dan keselamatan -- itulah mandat Majlis Keselamatan.
"Itulah tanggungjawab utama anda. Dan maafkan saya kerana mengulangi -- adalah tanggungjawab yang badan ini telah gagal untuk laksanakannya secara kronik. Tetapi tolong jangan menyerah kepada kegagalan diplomasi," kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi kepada Majlis Keselamatan.
Mengenai Gaza, yang telah disekat Israel daripada bantuan kemanusiaan hampir dua bulan, Grandi berkata walaupun UNHCR tidak terlibat secara langsung dalam tindak balas PBB di situ, "situasi orang awam di sana, yang kami sangka tidak boleh menjadi lebih buruk, kini mencapai tahap keputusasaan baru setiap hari."
Beliau turut menyentuh mengenai situasi di Syria, menyatakan bahawa "buat kali pertama dalam beberapa dekad, terdapat sekelumit harapan, termasuk bagi jutaan rakyat Syria yang masih kehilangan tempat tinggal hari ini, dengan 4.5 juta daripadanya menjadi pelarian di negara jiran."
"Sama ada mereka akan kekal di Syria atau, malangnya, berpindah sekali lagi -- termasuk ke Eropah dan seterusnya -- bergantung kepada pihak berkuasa dan juga sangat bergantung kepada kesediaan anda untuk mengambil risiko," katanya.
Beliau turut menyeru anggota majlis untuk melonggarkan sekatan, menyokong pemulihan awal dan mewujudkan keadaan bagi perkhidmatan asas seperti keselamatan, air dan elektrik.
Grandi turut memberi amaran tentang penyusutan bantuan kemanusiaan, dengan berkata bahawa "bantuan adalah kestabilan" dan pembekuan atau pemotongan bajet bantuan "sudah membawa akibat maut kepada jutaan nyawa."
Pada akhir sesi, Grandi sekali lagi mengingatkan badan itu mengenai kebimbangan terhadap pengurangan pembiayaan operasi kemanusiaan.
"Jika trend semasa berterusan dari segi pembekuan dan pemotongan, yang malangnya diumumkan oleh banyak negara penderma, sistem kemanusiaan akan mengalami penguncupan yang teruk.
"Kami tidak dapat melakukan lebih dengan sumber yang berkurangan. Seperti yang saya katakan banyak kali, kami akan melakukan seadanya dengan sumber yang kurang," kata Grandi, sambil memaklumkan bahawa program pendidikan dan kesihatan UNHCR telah pun dipotong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan PBB
#Filippo Grandi
#peperangan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan