awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka permudah urusan poligami

Bernama
Bernama
28/04/2025
08:21 MYT
Melaka permudah urusan poligami
Orang ramai tidak dibenarkan untuk bernikah secara sindiket kerana ia akan memberi masalah kepada mereka pada masa hadapan. - Gambar hiasan
MELAKA: Kerajaan Melaka mempermudah urusan bagi orang Islam yang ingin berpoligami, apabila tempoh kelulusan untuk tujuan tersebut dipendekkan kepada 21 hari.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Melaka mempermudah urusan poligami bagi orang Islam dengan memendekkan tempoh kelulusan kepada 21 hari, jika semua syarat dipenuhi.
  • Pembaharuan ini dilakukan dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka, mengurangkan tempoh kelulusan yang sebelumnya mengambil masa berbulan-bulan.
  • Kerajaan Melaka menegaskan bahawa pernikahan secara sindiket tidak dibenarkan kerana ia memberi masalah kepada anak-anak yang tidak dapat dibinkan dengan nama bapa, menyukarkan mereka untuk bersekolah dan bekerja.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata perkara itu merupakan satu pembaharuan dibuat kerajaan negeri, dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka.
"Sekiranya permohonan poligami ini dibuat dan mencukupi semua syarat, dalam tempoh 21 hari dah dapat kelulusan untuk berpoligami.
"Kalau dulu sampai berbulan-bulan, tapi sekarang kita dah buat penambahbaikan (apabila permohonan boleh diluluskan) dalam tempoh 21 hari, dengan syarat dokumen lengkap," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Dalam pada itu, Rahmad berkata orang ramai tidak dibenarkan untuk bernikah secara sindiket kerana ia akan memberi masalah kepada mereka pada masa hadapan.
Beliau berkata pernikahan secara sindiket amat sukar untuk didaftarkan dan memberi impak kepada anak-anak apabila tidak dapat dibinkan dengan nama bapa.
"Akhirnya anak-anak ini akan susah untuk bersekolah dan juga bekerja pada masa akan datang... jadi janganlah sama sekali nikah secara sindiket," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#poligami
#permohonan nikah
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan