awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah
DUNIA
AMNC25: Graham Allison beri amaran mengenai hakisan kawalan senjata nuklear
MALAYSIA
Pengerusi IKIM Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

PDRM, Polis Singapura jalin kerjasama untuk video Aidilfitri

Bernama
Bernama
02/04/2025
14:45 MYT
Sponsor Banner
PDRM, Polis Singapura jalin kerjasama untuk video Aidilfitri
Video yang dimuat naik pada malam menjelang Aidilfitri itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, dengan lebih 248,000 tontonan dan ramai memuji kolaborasi antara PDRM dan SPF. - Gambar Pancaragam Pusat PDRM
SINGAPURA: Pada hari-hari biasa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) bekerjasama dalam pelbagai kes dan operasi, membawa kejayaan dalam membanteras jenayah serta sindiket jenayah.
Namun, sempena Aidilfitri tahun ini, kedua-dua pasukan buat julung kalinya bekerjasama dalam penghasilan kandungan media sosial sebagai tanda persahabatan erat dan hubungan dua hala yang kukuh, menampilkan Pancaragam Pusat PDRM serta Pancaragam dan Jabatan Hal Ehwal Awam SPF.
Video berdurasi 30 saat yang dimuat naik di Facebook itu memaparkan pegawai dalam seragam dan pakaian tradisional menyanyikan lagu Raya Raya Raya, lagu meletup kumpulan gadis Malaysia, DOLLA, yang disusun semula.
SPF berkata kedua-dua pasukan telah menjalinkan kerjasama erat selama beberapa dekad dalam usaha memerangi jenayah, dan Aidilfitri - perayaan penting bagi umat Islam di kedua-dua negara - merupakan peluang terbaik untuk menonjolkan hubungan persahabatan antara SPF dan PDRM.
"Kerjasama media sosial sempena musim perayaan ini menunjukkan bagaimana pegawai daripada kedua-dua pasukan meraikan Aidilfitri bersama, sambil mengekalkan komitmen untuk memastikan negara kita terjamin selamat," menurut SPF dalam jawapan e-mel kepada Bernama.
SPF turut menyatakan bahawa kolaborasi ini memberikan peluang kepada Pancaragam SPF, yang meraikan ulang tahun ke-100 tahun ini, untuk mempamerkan bakat mereka dalam produksi berkenaan.
Video yang dimuat naik pada malam menjelang Aidilfitri itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, dengan lebih 248,000 tontonan dan ramai memuji kolaborasi antara PDRM dan SPF.
"Kerjasama yang baik...tahniah SPF dan PDRM. Selamat Hari Raya," komen Zul Fakhri Zolkefli.
Beberapa pengguna turut mencadangkan agar kerjasama ini diperluaskan ke negara lain di rantau ini pada tahun hadapan.
"Hebat...tahun depan...Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand," kata Fairul Hisyam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Hubungan dua hala
#musim perayaan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami